F ∞ Teen☆Finite

mahu jadi cantik dan kacak?

Aug 1, 2011 | Monday, August 01, 2011 | 0 comments





kembali kita dalam segmen tips kekal chantek/kachak. nak tahu tips yang membolehkan korang semua dikategorikan sebagai blogger yang chantek dan yang kachak? jum ikut apa yang saya bagi ni.

untuk korang yang nak chantek dan kacak sepanjang hayat ( even sampai syurga ) ;


  1. sentiasa pakai tutup kepala. tudung, kain batik, kain buruk, kain lap kereta, tudung saji dan apa saja. ( chantekkan bila bertudung? )
  2. pakai mekap tak payah tebal tebal. apa korang ingat korang berlakon pilem hantu ke?
  3. jangan bogel bila dikhayalak ramai. maksud disini pakai tu, jangan la tak cukup kain, dah macam orang zaman batu dah kalu baju kain tak cukup inci. baik korang ambil daun tutup apa yang perlu je. yang lain semua dedah.
  4. mulut tu, jangan la selalu mengomen apa yang tak kena di depan, tepi, atas dan bawah. haih... selalu je mengumpat kalau benda yang tak comel berlaku. ( pstt... laki laki pon kuat jugak mengumpat tau )
  5. kalau dengar azan tu, boleh la ke surau dan masjid yang berdekatan. tapi, sayang pulak kan nak cairkan mekap yang harga beratus tu. ala.. kalau tak semayang kat dunia ni, kat akhirat kompem cair kulit muka kena bakar dek api yang membara panasnye tu.
  6. laki laki pun sama, jangan bila dah melepak, jangan lupa nak singgah solat. korang laki senang nak semayang. takyah nak pikir pasal mekap ni.
  7. memang dah tabiat lelaki, bila melepak reramai, apa topik hot dorang bincang? yesss... pompuan. kalau duk shopping complex tu, mata melilau cari kaki panjang takda bulu, nangka yang berjalan jalan, anak ikan yang sengaja atau tak sengaja tayang aset.
  8. perokok tegar ni bukannye kira bila nak merokok. dalam bas, lrt, shopping complex, dalam toilet shopping complex pun nak isap. apa ke bengap tak tahu baca signboard.
  9. yang makcik tu, bila dah berjalan jangan le pakai gelang mas bebanyak. macam kedai emas bergerak je kalau duk melenggang. peragut perompak memang suka la. rezeki dia. kalau tak boleh mintak cara baik, potong tangan. makcik nak gelang emas ke, nak tangan?
  10. pak pak haji, imam, bilal, datuk yang bercucu cicit. sila jangan perasan korang masih muda dan hensem. jangan korang lupa anak bini kat rumah. melepak kedai kopi berejam rejam, kena pulak kedai kopi mak janda montok yang jaga. haih.. makcik. sila ambil kapak, kokak kepala suami masing masing.
  11. mat rempit kalau nak racing tu, cari la jalan yang paling sibuk, yang punya banyak kenderaan. lagi bagus jalan yang treler 16 tayar tu duk lalu lalang. kalau excident, senang. kena gilis tayar.. tak payah mak bapak korang mandikan mayat korang. jangan menyusahkan keluarga ya.
  12. minah rempit pulak yang duk sedekah body kat mat rempit tu ape pasal? bila dah mengandung, buang bunuh pulak anak tu. baik korang jadi anak ikan datuk, tan sri. dapat jugak hasilnya. boleh hidup mewah.
  13. yang last, pada anak anak.. jangan derhaka pada mak ayah, sentiasa ingat Allah bila nak buat sesuatu, sembahyang jangan lupa. biarpun muka kita hodoh, hidung penyek, rambut gugur botak tengah.. bila kita berbakti pada mak bapak, ikut suruhan Allah, tak lupa pada agama.. Kita tulah yang terbaik, tercantik, terkacak dimata Allah SWT. Gembira gembira jugak, agama jangan lupa.
    p/s : tak tahu mana letaknya tips nak cantik nak kacak tu. :) hahahaha





    Older Post -- Newer Post

    Teen★Finite
    About LINKY Stuff ENTRY

    Hello , anyonghaseyo . My name Arina . Im 4teen years young . Want to know me closely? follow me :)