F ∞ Teen☆Finite

hilangkan jerawat~

Aug 27, 2011 | Saturday, August 27, 2011 | 0 comments


 wth ~

Hoho. Rasanya ini kali pertama saya bagi tips dalam kategori penjagaan kecantikan muka eheh. Tips saya ni simple je, sape-sape pun takde masalah nak amalkannya. Tak perlu keluarkan duit, lagi simpan duit ada la hehe. Bunyi macam hype tapi inilah cara yang saya amalkan sejak masuk matrikulasi dulu. Berapa lama baru nampak kesan tu aku tak berapa sure. Lain orang lain tempoh masanya kot. Masa tu saya cuma amalkan tiga tips ni je tanpa mengharapkan kesan yang drastik terhadap muka aku yang penuh jerawat.
Kawan-kawan yang kenal saya sejak Tahun 6 mesti tau muka saya ni penuh dengan jerawat. Paling banyak sekitar dahi. Kat bahagian pipi kanan dan kiri pun ada jerawat. Kadang-kadang nak ke sekolah pun rasa malu. Mungkin sebab tu kot aku jadi pemalu, lebih-lebih lagi dengan lelaki. Yelah, time tu boleh dikatakan peringkat untuk matang. haha. Itu zaman sekarang. Semua muka innocent masa tu 

Tips Hilangkan Jerawat

Tak banyak tips yang saya amalkan dulu, tiga sahaja. Dengan tips ni korang dapat berjimat lagi, bukan kena keluarkan duit beli ubat ke apa. Nak amalkannya pun tak susah, cuma perlukan sedikit ketabahan. Pot pet pot pet…bila nak bagi tips ni? Haha. Ok ok. Malas cakap banyak, tips-tipsnya adalah seperti berikut:


My Raya with Maybank!

Amalkan Puasa Sunat Isnin & Khamis

puasa 3 Tips Berkesan Hilangkan Jerawat di Muka
Kat Matriks dulu rajin benor saya puasa Isnin dan Khamis. Matriks kat kawasan jin bertendang, takde apa pun yang menarik kat situ melainkan petang-petang ke court main badminton. Kadang-kadang main bola tampar. Puas duk tampar bola, esoknya main basketball one-on-one lak. Duit takyah cakap, bukannya ada sangat. Tambah pulak saya ni bukan jenis meminta dengan arwah mak ngan abah. Jadi baik saya puasa. Kata orang lagi dengan puasa ni otak lebih cergas. Ada jugak yang kata khafiat berpuasa ni boleh sembuhkan beberapa jenis penyakit. Jerawat ni mungkin salah satunya kot. Selain dapat pahala, dapat licinkan kulit muka eheh.

Kurangkan Makan Makanan Berminyak

karirebongkering 3 Tips Berkesan Hilangkan Jerawat di Muka
Ini rasanya semua orang tau. Makanan berminyak sinonim dengan pertumbuhan jerawat. Jadi nak elakkannya, makan kicap hari-hari haha. Takdelah sampai camtu. Kalau kuah kari tu kurangkanlah makan. Nak ulas panjang pasal ni pun tak berapa reti sangat. Jadi pandai-pandai koranglah ye hehe.

Jangan Garu Muka

catb 3 Tips Berkesan Hilangkan Jerawat di Muka
Ini petua daripada kakak saudara saya. Dia pernah tegur muka saya yang penuh jerawat masa sekolah dulu. Dia pesan jangan sekali-kali garu muka walaupun gatal. Jari adalah anggota yang paling mudah terdedah dengan kuman. Jadi basuh muka dengan air suam dan bilas supaya kulit muka bersih daripada sebarang jangkitan kuman. Kalau gatal sangat pun garu dengan belakang kuku je kata kakak saudara saya yang comel eheh.
Itu saja petua yang saya amalkan dulu. Hasilnya, muka jadi licin dan bersih eheh. Kawan-kawan sekolah termasuk orang kampung pun naik hairan bila balik cuti Matriks diorang tengok muka saya dah licin. Bukan nak bangga diri, risau kalau kita duk bangga dengan diri sendiri nanti nikmat yang Tuhan bagi ni ditarik balik. Hanya sekadar ingin berkongsi amalan dalam penjagaan muka. Suka saya nak maklumkan, dengan tips-tips ni saya dapat hilangkan jerawat kat muka dalam tempoh cuma sebulan saja. Jerawat ni sebenarnya senang je nak hilang kalau kita tak ‘usik’ dia dengan jari-jari kita yang mungkin kotor. Jadi tak mustahil kalau beramal dengan 3 tips ni sekejap je boleh licin kulit muka. Nak pergi interview jadi model pun takde masalah punyalah hehe.
Mungkin tips ni tak berkesan untuk sesetengah orang. Dalam Biologi dulu pun kita belajar salah satu faktor pertumbuhan jerawat disebabkan oleh hormon dalam badan kita sendiri. Jadi sabarlah. Sampai masa jerawat tu akan hilang jugak. Cuma saya sangat sarankan puasa sunat setiap Isnin dan Khamis. Banyak kelebihan sebenarnya puasa ni. Bulan puasa pun dah dekat. Eloklah biasakan diri pelan-pelan sebelum berpuasa 30 hari penuh. InsyaAllah kalau cukup info saya akan kongsikan khafiat-khafiat berpuasa nanti.
Renung-renungkan dan selamat beramal 



Older Post -- Newer Post

Teen★Finite
About LINKY Stuff ENTRY

Hello , anyonghaseyo . My name Arina . Im 4teen years young . Want to know me closely? follow me :)