F ∞ Teen☆Finite

Riak .

May 19, 2012 | Saturday, May 19, 2012 | 0 comments






Riak ialah menampakkan ibadah dengan niat mendapat perhatian atau pujian manusia. Menampakkan amal soleh agar dilihat oleh manusia lain agar dirinya mendapat pujian,kedudukan atau penghargaan atau keuntungan duniawi. Orang tidak tahu jika kita riak. Kita juga tidak boleh mengakatakan orang orang lain ituriak. Ini adalah kerana riak adalah niat atau perasaan atau tujuan di dalam hati. Niat di hati adalah rahsia Allah yang tdak diketahui oleh sesiapa pon. Tetapi Allah maha mengetahui niat dan hasrat di hati kita. Walaupun ia rahsia, namun ulama ada mengenal pasti tanda-tanda atau panduan untuk menilai kemungkinan terjadi riak. Antaranya :


1.Rajin beramal jika mendapat pujian atau sanjungan dan malas atau berkurang ilmu jika mendapat celaan dan kecaman.
2.Rajin beramal apabila bersama-sama dengan orang lain dan malas atau tidak beramal bila bersendirian.
3.Menjauhi larangan Allah jika bersama orang lain dan melanggar larangan-laranganNya jika ia sedang sendiri dan jauh dari penglihatan manusia.


Rasulullah SAW. bersabda,"Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah. (HR Abu Daud dan An-Nasa'i)
- Kebanyakan sekarang,manusia berumba-lumba menzahirkan keimanan dan menyembunyikan kekufuran. Mereka sering menghukum seseorang itu terlebih dahulu.Saya ada terjumpa satu status yang berbunyi seperti 


"prempuan pakai baju tak cukup kain rileks je lalu depan aku. aku yg ternampak kulit gebu, halus, suci, murni paha dia terpana seketika. Astaghfirullahalazim~ aku ni prmpuan, ape lagi kalau laki? aku ingatkan die ade la rase malu siket bile lalu depan aku yg pakai tudung saiz baju kurung ni~ di sebalik niqab aku, gigi taring aku dah kelua dah, tunggu masa je baham kau, nasib baik aku prmpuan. kau sebenanye bukan taktau ape yg kau buat tu haram, tapi masalahnya kau tu...haish entahla. moga kau diberikan hidayah Allah. aku taktahan ah, rase bedosa kau tau tak.dah tau HARAM buat jugak, dah jauh haram dah, haram jadah. ubah lah ea, ubah la. ingat Allah."


Apa yang anda lihat tentang post seperti ini. Bukan saya hendak mengaibkan tuan punya status ni,,cuma saya mahu memberi kesedaran .. Apa yang telah saya boldkan itu,,paham2 je lah ye.. Korang semua fikirlah. KADANG-KADANG KITA BOLEH MENILAI SESEORANG ITU MELALUI PENULISANNYA .. Tidak dinafikan,,aku memang suka memerhati orang. Jom kita kupas post tersebut. 




First, melalui penulisan die yg berbunyi seperti 'aku igtkan dia adalah rasa malu siket bila lalu dpn aku yg pkai tudung saiz bju kurung ni' . Ha,nmpk ksalahan die.Dia macam menunjuk-nunjuk bahawa die memakai tudung labuh. Yess,tu saya sokong, tapi perlu ke kita riak. Kita pakai tudung kerana ALLAH,bukan kerana siapa-siapa. situasi dia dan perempuan yg dkatekan seksi itu. Semasa perempuan tu lalu depan dia, mungkin terdetik di hatinya 'hmm,aku pkai tudung labuh pon xde rasa malu ke'..haha manusia macam2 ragamnye kan
Second, 'moga kau diberi hidayah'.. kenapa xmendoakan dia? and kenapa mstii mengaibkan dia di status anda. Belum tentu lagi kita dah dapat hidayah. Percayalah,,mungking permulaan seseorang itu teruk,,tapi kita xtau mcm mana pengakhiran die. Sapa tau,die lebih mulia drpd kita. Hati manusia boleh berubah-rubah.Third, 'haram jadah'. Ya allah. Hendak berdakwah tapi menggunakankan kata-kata kesat. Tahu x,nabi sendiri pon berdakwah dengan percakapan yang lemah lembut walaupon sering dihina. Yang kita ni,, aish,entahlah.


Mungkin kita boleh menipu pandangan orang ramai tapi kita xboleh tipu Allah. Allah tahu segala isi hati kita bukannya perbuatan kita. 
So renung-renungkan dan selamat beramal. Moga kita semua akan terus mendapat hidayah daripda Allah. Maaf jika ada kekasaran bahasa di sini. Hak masing-masing nak judge saya kan. Hehe :D


*Sekarang ni saya dh tau . Menuntut  ilmu bukan kerana ibubapa,bukan kerana nak dapat sanjungan,bukan kerana cikgu dan bukan kerana sesiapa tapi kerana Allah. Niatkan dalam hati aku menuntut ilmu kerana Allah. Maka Allah akan mempermudahkan segala urusan kita didunia. Ingat,amal tanpa ilmu xkan kemana-mana . Kerana ilmu asas kepada amalan kita. :)
Older Post -- Newer Post

Teen★Finite
About LINKY Stuff ENTRY

Hello , anyonghaseyo . My name Arina . Im 4teen years young . Want to know me closely? follow me :)